"Welcome to Wives Club"


It is open to everybody who wants to share....

Monday, November 1, 2010

MOOD

Apakah kebanyakkan wanita sering mengikut emosi?  Kadang kala kita terdengar segelintir berkata "tiada mood".  Apakah maksudnya itu?  Adakah beliau tiada semangat untuk melakukan sesuatu aktiviti pada hari tersebut?  Wajarkah kita mempamerkan ketiadaan 'mood' kita dihadapan orang lain? 

Wanita penuh dengan emosi.  Bolehkah kita hanya menyorokkan apa yang tersirat di benak fikiran dan hati kita sesungguhnya kita tiada 'mood' pada sekian hari tersebut.  Apakah punca dan bagaimana untuk menaikkan 'mood' itu tadi. 

Pada pandangan saya, 'mood' itu adalah perasaan kita.  Kita yang menciptakan suasana sedemikian.  Kita boleh menghilangkan perasaan itu dengan bersyukur kepada Allah, kita masih dipinjamkan nyawa ini untuk menyambung amal ibadah kita ke hadratNya.  Kita harus mempamer senyuman kerana itu adalah sedekah yang paling murah.  Kita lah yang mencipta dan mewarna hari-hari kita.

Renung-renungkan...