"Welcome to Wives Club"


It is open to everybody who wants to share....

Wednesday, June 29, 2011

Suri Rumah Bekerjaya

As salam,

Sekarang saya sibuk dok baca buku-buku mengenai bagaimana menjadi suri rumah yang berjaya dalam kerjaya.  Dipetik kata-kata Prof. Dr. Muhaya motivator yang selalu terdengar suara di corong radio ikim.fm setiap hari Rabu, jam 10.00 pagi banyak mengubah saya.  Alhamdulillah, bukan saya sahaja, suami juga turut mengikut jejak langkah.  Syukur sangat ke hadrat Ilahi, sebab memberi petunjuk ini kepada saya.

Ok, berbalik kepada pepatah Prof. Dr. Muhaya, kata beliau "Seseorang suri rumah akan berjaya sekiranya beliau berjaya menjalankan tugas yang begitu sempurna di pejabat".  Bekas bos saya dulu juga pernah berkata, "tak perlu buat overtime, maksimumkan masa yang ada buat kerja sebaik mungkin dengan masa yang ada sepenuhnya, jika tidak dapat siapkan juga, sambung keesokkan hari".  Teringat pula kata-kata seorang menteri wanita, tak silap Rafidah Aziz, beliau berkata "cukuplah kerja hanya waktu pejabat, kemudian balik lah awal, kerana masa kita adalah untuk keluarga, dan kesian kakitangan lain jika mereka turut bekerja lebih masa".

Masa amat terbatas, kalau kita amati surat al-asr. "Demi masa!, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Oleh itu, gunakanlah masa sebaik mungkin. Ingatlah 5 perkara, "hargai masa muda sebelum tua, masa senang sebelum susah".  (kalau tak betul, minta betulkan) "masa hidup sebelum mati" Lagi dua pulak yg tak ingat. 


Selamat beramal.

Monday, November 1, 2010

MOOD

Apakah kebanyakkan wanita sering mengikut emosi?  Kadang kala kita terdengar segelintir berkata "tiada mood".  Apakah maksudnya itu?  Adakah beliau tiada semangat untuk melakukan sesuatu aktiviti pada hari tersebut?  Wajarkah kita mempamerkan ketiadaan 'mood' kita dihadapan orang lain? 

Wanita penuh dengan emosi.  Bolehkah kita hanya menyorokkan apa yang tersirat di benak fikiran dan hati kita sesungguhnya kita tiada 'mood' pada sekian hari tersebut.  Apakah punca dan bagaimana untuk menaikkan 'mood' itu tadi. 

Pada pandangan saya, 'mood' itu adalah perasaan kita.  Kita yang menciptakan suasana sedemikian.  Kita boleh menghilangkan perasaan itu dengan bersyukur kepada Allah, kita masih dipinjamkan nyawa ini untuk menyambung amal ibadah kita ke hadratNya.  Kita harus mempamer senyuman kerana itu adalah sedekah yang paling murah.  Kita lah yang mencipta dan mewarna hari-hari kita.

Renung-renungkan...

Wednesday, September 29, 2010

How to be the woman of your husband's Dreams...

"Surprise him Saturday night with a homemade dinner of seven course - fried rice, nun roti, raita, butterchicken, apple juice, russian salad and ice-cream.

And not his worth nightmare:
Tell him to pull out last week's pizza from the freezer.

Friday, September 24, 2010

LEARN IT, LOVE IT AND LIVE WITH IT

Saya mendapat satu kata-kata yang amat bermakna untuk dikongsikan bersama pembaca.  Beliau saya jadikan contoh menjadikan saya seorang yang lebih tabah menghadapi dugaan hidup bekeluarga.  Apabila ditanya mengapa beliau boleh hidup dalam keadaan yang serba serbi kekurangan dan keadaan suami yang sukar difahami beliau berkata:

"Learn it, Love it and Live with it". 

Dan saya terjumpa kata-kata ini:  "First we will be best and then we will be first".  -Grant Tinker.

Renung-renungkan lah...

Thursday, September 23, 2010

Cara atau Tips Memikat Lelaki..

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Berwatakan menarik (Persenaliti yang mampu mengugat hatinya).
  3. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  4. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  5. Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (terpulang kepada individu).
  6. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  7. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  8. Jangan terlalu mengongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Lelaki juga perlu wanita yang pandai berdikari. Tetapi jika dia sudi menolong apa salahnya. Tetapi jangan memaksa dan selalu sehingga menyusahkan si dia.
  9. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  10. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  11. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  13. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  14. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  15. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  16. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  17. Jangan sesekali memperbandingkan dia dengan sesiapa sahaja. Lelaki cukup pantang dalam hal ini!

Friday, August 20, 2010

Apa Kata Anda...


Dalam menjalani kehidupan seharian, pasti ada saja permasalahan yang kita hadapi.  Tidak kira lah dalam hubungan suami isteri, dengan anak, masalah pekerjaaan dan sebagainya.  Termasuk juga masalah keluarga sebelah suami atau sebelah pihak isteri.  Segala permasalahan itu sebenarnya adalah normal bagi kita yang normal...  Itulah detik-detik yang kita kena hadapi dalam meniti kehidupan dan mematangkan diri.

Perasankah anda, apabila setiap permasalahan itu dapat diselesaikan.  Bukankah Islam itu indah?  Allah menjadikan masalah itu membuatkan kita sedar siapa diri kita.  Dari situ kita akan beringat kepada Allah dan berusaha, bersabar dan tawakal kepadaNya.  Untuk mencari ketaqwaan kepada Allah, pastinya ada ujian-ujian yang menguji tahap keimanan kita.  Kita seharusnya bersyukur kerana Allah sayang kepada kita, maka ujian yang kita rasai adalah untuk mendekatkan kita pada pencipta yang Maha Esa.






Tuesday, August 17, 2010

What To Do!!

What to do if we knew something is wrong about our husband??

Some say just let it be, buat don't know, buat biasa jer...
Others say wait and look what will happen next, be careful and ready for what will happen... then take action or go to seek from 'bomoh'... this is scary right...
Various people / wives say take action, go and check, spy a husband... Other wives said how to spy, because they don't have a strength...

That's always be a problem to the wives out there who not have any transport, how to drive, where to go, and moreover they have kids, jobs or don't have time to do all those things. They just hope, their husband going to work and get back as usual.

Older people say we have to pray and ask for help from the above. Pray also for the husband and improve ourselves. What you say??

Monday, August 16, 2010

Wife's Story

Sedihnya bila melihat seorang wanita menangis mengenangkan nasib dirinya serta dua orang anaknya. Aku sungguh terharu, tak tahu nak buat macam mana. Kesian memang kesian, tapi apa boleh buat. Aku sendiri kadang2 punyai masalah yang tidak tertanggung. Cuma nasihat dan kata2 semangat yang boleh aku berikan. Semoga dia lebih tabah menghadapi dugaan.

Saya ingin bertanya pendapat para pembaca, tatkala anda didatangi oleh seseorang yang mengadu masalah dirinya. Apakah tindakan anda? Jika kita orang berilmu, kaunselor boleh la beri nasihat atau panduan, tetapi kita juga manusia biasa dan banyak juga kena pelajari. Dalam erti kata memahami seorang suami.

Kisahnya seorang wanita ini ialah tidak diberi wang untuk keperluan, sedangkan meminta RM1, ibarat meminta sedekah. Masak dan makan seorang diri. Pakaian juga tidak dibeli. Saya difahamkan beliau tidak dibenarkan berjalan, hanya duduk terperap dirumah. Begitu banyak makan hati, beliau kini kurus kering. Beliau tertekan, hendak anak, tidak diberi oleh suami. Maka, ingin menjaga anak orang pengubat kebosanan. Duit yang diberi, bolehlah dibuat belanja. Tetapi Si Suami pula yang dahulu nak minta dibahagikan untuk bayar rumah katanya. Sedang anak tidak dibawa berjalan bersama, isteri nak ikut tak boleh kalau hendak ke mana2. Nak balik kampung isteri pun susah. Wanita ini pulak tidak mempunyai lesen kenderaan. Orang pulak ada berbunyi beliau macam 'tomboi' dan anak beliau sangat aktif dan bising.

Maka, beliau meminta nasihat saya dan minta saya ajarkan beliau solat hajat, mengaji dan 'make-up'. Beliau ingin menarik semula hati suami yang selalu menyisihkan beliau dan anak-anak. Malah, Si suami pernah bersumpah atas Al-Quran tidak akan membawa mana2 perempuan dalam kenderaan. Tetapi telah membawa pasangan suami isteri cina untuk mengambil barang. Wanita ini bertanya kepada saya, berdosakah suami itu? Adakah dimakan sumpah? Hatinya pedih dan marah melihat perbuatan suaminya.

Jadi, apa pandangan anda?

Friday, August 6, 2010

PELANCARAN KELAB ISTERI-ISTERI

Salam semua... Ruangan ini adalah ruangan untuk para isteri-isteri meluahkan perasaan, idea, ulasan untuk menjadikan rumahtangga lebih sempurna. Di zaman globalisasi dan teknologi masalah-masalah yang dihadapi oleh para isteri sangat mencabar. Dengan adanya ruang untuk berbicara dan berbincang mencari keputusan dan penyelesaian tepat untuk masalah semasa dan akan datang. Secara berterusan kita semua akan berfikir dengan cara yang lebih positif dan tindakan yang sesuai dengan keadaan semasa. Segala luahan perasaan, cara penyelesaian akan dipaparkan bagi memberi pengajaran dari pengalaman-pengalaman masing-masing. Kepada semua wanita di luar sana, dan bukan sahaja untuk para isteri, para janda, ibu tunggal, anak dara dan juga sesiapa kaum Adam boleh memberi pandangan dan luahan masing-masing terhadap masalah yang dihadapi oleh wanita zaman kini. Jika terdapat petua atau doa atau amalan yang berguna untuk diberi atau berkenaan topik yang dibincangkan amatlah dialu-alukan. Semoga blog ini mendapat sambutan dan kunjungan ramai.

Wasalam.