"Welcome to Wives Club"


It is open to everybody who wants to share....

Friday, August 6, 2010

PELANCARAN KELAB ISTERI-ISTERI

Salam semua... Ruangan ini adalah ruangan untuk para isteri-isteri meluahkan perasaan, idea, ulasan untuk menjadikan rumahtangga lebih sempurna. Di zaman globalisasi dan teknologi masalah-masalah yang dihadapi oleh para isteri sangat mencabar. Dengan adanya ruang untuk berbicara dan berbincang mencari keputusan dan penyelesaian tepat untuk masalah semasa dan akan datang. Secara berterusan kita semua akan berfikir dengan cara yang lebih positif dan tindakan yang sesuai dengan keadaan semasa. Segala luahan perasaan, cara penyelesaian akan dipaparkan bagi memberi pengajaran dari pengalaman-pengalaman masing-masing. Kepada semua wanita di luar sana, dan bukan sahaja untuk para isteri, para janda, ibu tunggal, anak dara dan juga sesiapa kaum Adam boleh memberi pandangan dan luahan masing-masing terhadap masalah yang dihadapi oleh wanita zaman kini. Jika terdapat petua atau doa atau amalan yang berguna untuk diberi atau berkenaan topik yang dibincangkan amatlah dialu-alukan. Semoga blog ini mendapat sambutan dan kunjungan ramai.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment