"Welcome to Wives Club"


It is open to everybody who wants to share....

Wednesday, June 29, 2011

Suri Rumah Bekerjaya

As salam,

Sekarang saya sibuk dok baca buku-buku mengenai bagaimana menjadi suri rumah yang berjaya dalam kerjaya.  Dipetik kata-kata Prof. Dr. Muhaya motivator yang selalu terdengar suara di corong radio ikim.fm setiap hari Rabu, jam 10.00 pagi banyak mengubah saya.  Alhamdulillah, bukan saya sahaja, suami juga turut mengikut jejak langkah.  Syukur sangat ke hadrat Ilahi, sebab memberi petunjuk ini kepada saya.

Ok, berbalik kepada pepatah Prof. Dr. Muhaya, kata beliau "Seseorang suri rumah akan berjaya sekiranya beliau berjaya menjalankan tugas yang begitu sempurna di pejabat".  Bekas bos saya dulu juga pernah berkata, "tak perlu buat overtime, maksimumkan masa yang ada buat kerja sebaik mungkin dengan masa yang ada sepenuhnya, jika tidak dapat siapkan juga, sambung keesokkan hari".  Teringat pula kata-kata seorang menteri wanita, tak silap Rafidah Aziz, beliau berkata "cukuplah kerja hanya waktu pejabat, kemudian balik lah awal, kerana masa kita adalah untuk keluarga, dan kesian kakitangan lain jika mereka turut bekerja lebih masa".

Masa amat terbatas, kalau kita amati surat al-asr. "Demi masa!, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Oleh itu, gunakanlah masa sebaik mungkin. Ingatlah 5 perkara, "hargai masa muda sebelum tua, masa senang sebelum susah".  (kalau tak betul, minta betulkan) "masa hidup sebelum mati" Lagi dua pulak yg tak ingat. 


Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment